Showing posts with label LAIN-LAIN PRODUK. Show all posts
Showing posts with label LAIN-LAIN PRODUK. Show all posts

Saturday, 21 April 2012

ANJASSARI - SARI TINGGI


AnjasSari - Sari Tinggi

Kini ramai penyelidik perubatan telah membuktikan bahawa rempah-ratus membantu menurunkan tekanan darah secara semulajadi. Ia mungkin menggalakkan pembahagian darah yang sekata ke seluruh tubuh, menghasilkan tekanan darah yang lebih rendah. Rempah-ratus yang mengandungi bahan anti-oksida dan anti-keradangan. Dalam ujian makmal ramuan rempah-ratus juga didapati berupaya membantu menurunkan kadar kolesterol dan kadar gula dalam darah.  Memandangkan perubatan menggunakan rempah-ratus adalah cara perubatan semulajadi, kesannya lembut dan beransur-ansur, biasanya orang kita mengamalkannya selama 110 hari.
(Ramuan: Zingiber Officinale, Curcuma Longa, Cinnamomum Zeylanicum, Eletlaria Cardamomum, Piper Nigrum, Eugenia Caryophyllata, IlIicium Verum)

Khasiatnya:

  • Melancar peredaran darah
  • Membuang angin-angin dalam badan
  • Menghilangkan rasa letih
  • Membuang toksid
  • Menambah tenaga dalam
  • Mengurangkan tahap tekanan darah
  • Melegakan rasa sakit/pening
  • Mengurangkan kadar kolestrol
  • Menyembuhkan luka-luka dalaman
  • Merawat strok atau angin ahmar
  • Melawaskan kencing

 

Cara guna:

Rendamkan 1 uncang ke dalam segelas air panas mendidih selama 10/15 minit lalu diminum waktu pagi dan malam. 1 uncang boleh diguakan untuk 4 gelas air sehari. Tidak disyorkan mengulang guna uncang yang telah diguna melebihi 1 hari. Sebelum minum hendaklah dibaca Bismillah dan selawat terlebih dahulu. Amalkan minum selama 110 hari. Sesiapa yang tahap sakitnya lebih, disyorkan mengguna 2 hingga 3 uncang sehari. Rendaman campuran serbuk rempah ratus tersebut boleh dimakan.

Harga:

Runcit : RM23.00
Berat : Sekotak (4g x 15 uncang)

ANJASSARI - SARI PUTIH


AnjasSari - Sari Putih

Sudah tentu keperluan kaum hawa tidak dipinggirkan. Pakar etno-botani UM Prof Dr O.H. Chooi menyatakan dalam bukunya bahawa rempah-ratus boleh membantu  keputihan yang sering dialami oleh gadis & wanita berdasarkan kandungan yang bersifat ubatan didalamnya.  Berdasarkan pengaIaman, ramuan ini mendapat maklumbalas positif daripada kaum hawa yang telah mencubanya dalam menangani masalah bau tidak diingini, masalah cecair lembapan faraj, masalah sakit pada ari-ari, melancarkan peredaran darah haid dan mendatangkan kesegaran tubuh. Memandangkan perubatan menggunakan rempah-ratus adalah cara perubatan semulajadi, kesannya lembut dan beransur-ansur, biasanya orang kita mengamalkannya selama 110 hari.
(Ramuan: Pimpinella Anisum, Zingiber Officinale, Curcuma Longa, Trigonella Foenum-Graecum, Pandanus Amaryllifolius, Cinnamomum Zeylanicum, Eletlaria Cardamomum, Piper Nigrum, Eugenia Caryophyllata, IlIicium Verum dan Piper Betle)

Khasiatnya:

  • Melancar peredaran darah
  • Membuang angin-angin dalam badan
  • Menghilangkan rasa letih
  • Membuang toksid
  • Menambah tenaga dalam
  • Untuk menghilangkan bau
  • Menghilangkan cairan/lembapan vagina
  • Menghilang sakit pada ari2
  • Melancar peredaran darah haid
  • Menyembuhkan luka-luka dalaman
  • Baik untuk ibu-ibu lepas bersalin
  • Mengecutkan rahim
  • Menyegarkan/memanaskan badan
  • Mengembalikan seri

Cara guna:

Rendamkan 1 uncang ke dalam segelas air panas mendidih selama 10/15 minit lalu diminum waktu pagi dan malam. 1 uncang boleh diguakan untuk 4 gelas air sehari. Tidak disyorkan mengulang guna uncang yang telah diguna melebihi 1 hari. Sebelum minum hendaklah dibaca Bismillah dan selawat terlebih dahulu. Amalkan minum selama 110 hari. Sesiapa yang tahap sakitnya lebih, disyorkan mengguna 2 hingga 3 uncang sehari. Rendaman campuran serbuk rempah ratus tersebut boleh dimakan.

Harga:

Runcit : RM23.00
Berat : Sekotak (4g x 15 uncang)

Friday, 20 April 2012

ANJASSARI - SARI MANIS

AnjasSari - Sari Manis

Terdapat kajian yang mengakui bahawa rempah-ratus mungkin adalah satu sumber  mengubati penyakit kencing manis. Para penyelidik mendapati kebanyakan rempah-ratus mengandungi pelbagai polyphenols iaitu sebatian anti-oksida dan bertindak menghalang keradangan yang dipercayai merangsang penyakit kencing manis dan lain-lain penyakit kronik. Dari kajian mereka telah percaya pengambilan rempah-ratus mungkin berupaya membantu untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah secara beransur-ansur. Selain itu beberapa pakar percaya bahan fitokimia dalam rempah-ratus boleh meningkatkan fungsi organ manusia termasuk memperbaiki akiviti insulin dalam badan yang mana ini memungkinkan satu cara semulajadi untuk dalam merawat dan menghalang penyakit kencing manis. Memandangkan perubatan menggunakan rempah-ratus adalah cara perubatan semulajadi, kesannya lembut dan beransur-ansur, biasanya orang kita mengamalkannya selama 110 hari.
(Ramuan: Pimpinella Anisum, Zingiber Officinale, Curcuma Longa, Chrysanthemum Indicum, Pandanus Amaryllifolius, Cinnamomum Zeylanicum, Eletlaria Cardamomum, Piper Nigrum, Eugenia Caryophyllata, IlIicium Verum dan Piper Betle)

Khasiatnya:

  • Melancar peredaran darah
  • Membuang angin-angin dalam badan
  • Menghilangkan rasa letih
  • Membuang toksid
  • Menambah tenaga dalam
  • Merawat gout/sakit sendi
  • Mengurangkan tahap kandungan gula dalam darah
  • Melegakan pening
  • Melawas kencing
  • Menyembuhkan luka-luka dalaman
 
 

Cara guna:

Rendamkan 1 uncang ke dalam segelas air panas mendidih selama 10/15 minit lalu diminum waktu pagi dan malam. 1 uncang boleh digunakan untuk 4 gelas air. Tidak disyorkan mengulang guna uncang yang telah diguna melebihi 1 hari. Sebelum minum hendaklah dibaca Bismillah dan selawat terlebih dahulu. Amalkan minum selama 110 hari. Sesiapa yang tahap sakitnya lebih, disyorkan mengguna 2 hingga 3 uncang sehari. Rendaman campuran serbuk rempah ratus tersebut boleh dimakan.
 

Harga:

Runcit : RM23.00
Berat : Sekotak (4g x 15 uncang)

ANJASSARI - SARI ASAS


Penawar air hangat ini adalah ramuan asas 7 jenis rempah-ratus yang bagi kesinambungan kesihatan tubuh. Kajian saintifik sekarang mendapati rempah-ratus mempunyai bahan-bahan yang diketahui membantu melancarkan aliran darah, membuang angin tidak baik dalam badan. Sifat panas antaranya pada halia, kayu manis, dan  lada hitam  tentunya memberi kelegaan terhadap asma. Selain itu, ia sering digunakan apabila  sakit sendi, sengal-sengal tulang. Kandungan rempah-ratus dipercayai mampu meningkatkan kecergasan dan imuniti terhadap penyakit. Juga dipercayai apabila sistem asas tubuh kita berfungsi baik, secara tidak langsung akan memberi kesan positif terhadap tenaga batin bagi lelaki dan perempuan. Lagipun bahan-bahannya ada yang dikatakan mempunyai sifat afrodisiak dan memanaskan. Memandangkan perubatan menggunakan rempah-ratus adalah cara perubatan semulajadi, kesannya lembut dan beransur-ansur, biasanya orang kita mengamalkannya selama 44 hari.
(Ramuan: Pimpinella Anisum, Zingiber fficinale, Cymbopogon Citratus, Cinnamomum Zeylanicum, Eletlaria Cardamomum, Piper Nigrum, Eugenia Caryophyllata, IlIicium Verum dan Piper Betle)

Khasiatnya:

  • Melancarkan peredaran darah
  • Membuang angin-angin dalam badan
  • Menghilangkan rasa letih
  • Membuang toksid
  • Menambah tenaga dalam
  • Menghilangkan sakit sendi
  • Melegakan kembung dan senak ulu hati
  • Mengembalikan kecergasan badan
  • Memulihkan ketahanan badan
  • Menghilangkan sengal-sengal tulang


Cara guna:

Rendamkan 1 uncang ke dalam segelas air panas mendidih selama 10/15 minit lalu diminum waktu pagi dan malam. 1 uncang boleh digunakan untuk 4 gelas air. Tidak disyorkan mengulang guna uncang yang telah diguna melebihi 1 hari. Sebelum minum hendaklah dibaca Bismillah dan selawat terlebih dahulu. Amalkan minum selama 44 hari. Rendaman campuran serbuk rempah ratus tersebut boleh juga dimakan.
 

Harga:

Runcit : RM23.00
Berat : Sekotak (4g x 15 uncang)

ANJASSARI - INTIMATE FEMININE WASH (EKSTRAK SIREH + LEMON GRASS)

Anjas Intimate Feminine Wash (Ekstrak Sireh + Lemongrass) 100ml  

Harga : RM20

Pembersih wanita alamiah yang mengandungi ekstrak sireh dengan dua pilihan ekstrak tambahan - serai wangi atau limau purut, mengharumkan serta memberi  kesegaran sepanjang hari. Rumusan yang disesuaikan khas untuk bahagian intim anda. Membantu mengatasi ketidakselesaan dan bau  tidak disenangi secara lembut tanpa mengeringkan. Sesuai digunakan pada bila – bila masa, terutama selepas haid. Pembersih wanita membersih, merawat, memelihara dan menyegarkan bahagian sulit wanita, menstabilkan pH kawasan sulit dan menyerlahkan kesegaran diri bagi menjanjikan kebahagiaan rumahtangga.

Ekstrak Sireh :   

Komponen aktif utama adalah sejenis minyak sireh. Ia mengandungi  betel-phenol (chavibetol) dan hydroxyl-chavicol Melegakan rasa gatal, antiseptik perangsang, menegangkan kulit, mengelakkan kedutan kulit dan membantu melancarkan peredaran darah & memperlahan proses penuaan dan sangat sesuai sebagai bahan losyen awet muda. Bersifat Astrigen (membantu mengecutkan dan memulihkan tisu - tisu organik badan. Mengandungi bahan anti-oksida.

Ekstrak Serai: 

Mengandungi pelbagai jenis minyak yang penting -   citral, limonene, methyl heptonencampuran,  cymbopogonol dan cymbopogon. Khasiat serai wangi tidak terkira. Ia mampu melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai antiseptik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun. Minyak serai wangi juga digunakan dalam rawatan aromaterapi yang didapati berkesan menaikkan semangat dan mengembalikan kesegaran minda. Sering digunakan oleh bidan untuk menghilangkan bau hanyir bau badan serta meningkatkan kesegaran badan.

ANJASSARI - INTIMATE FEMININE WASH

 
Anjas Intimate Feminine Wash (Ekstrak Sireh + Kaffir Lime) 100ml 
Harga : RM20
 
Pembersih wanita alamiah yang mengandungi ekstrak sireh dengan dua pilihan ekstrak tambahan - serai wangi atau limau purut, mengharumkan serta memberi  kesegaran sepanjang hari. Rumusan yang disesuaikan khas untuk bahagian intim anda. Membantu mengatasi ketidakselesaan dan bau  tidak disenangi secara lembut tanpa mengeringkan. Sesuai digunakan pada bila – bila masa, terutama selepas haid. Pembersih wanita membersih, merawat, memelihara dan menyegarkan bahagian sulit wanita, menstabilkan pH kawasan sulit dan menyerlahkan kesegaran diri bagi menjanjikan kebahagiaan rumahtangga.

Ekstrak Sireh :   

Komponen aktif utama adalah sejenis minyak sireh. Ia mengandungi  betel-phenol (chavibetol) dan hydroxyl-chavicol Melegakan rasa gatal, antiseptik perangsang, menegangkan kulit, mengelakkan kedutan kulit dan membantu melancarkan peredaran darah & memperlahan proses penuaan dan sangat sesuai sebagai bahan losyen awet muda. Bersifat Astrigen (membantu mengecutkan dan memulihkan tisu - tisu organik badan. Mengandungi bahan anti-oksida.

Ekstrak Limau Purut : 

Terkenal sebagai sumber asid sitrik terbaik, Asid sitrik kini lebih dikenali sebagai AHA dengan khasiat tersendiri, sentiasa digunakan membuat krim kulit. Kandungan asidnya membantu mengekalkan kelembapan kulit. Digunakan dalam mandian terutama ketika dalam pantang. Digunakan untuk menghilangkan bau badan. Bahan aromaterapi.

ANJASSARI - SPA BODY CONTOUR SOAP

 
Sabun Anjas Spa Body Contour Soap (110g)
Harga : RM20
 
Sabun Anjas Spa Body Contour ini dihasilkan menggunakan herba untuk membantu mengekalkan bentuk badan yang cantik. Ia membantu mengurangkan selulit, menganjalkan kulit dan mengurangkan tanda-tanda rekahan supaya kelihatan warna yang seragam. Digunakan setiap hari untuk mengekal bentuk badan serta mengurangkan selulit. Membersih dan membantu menjadikan kulit badan lebih halus.

Cara Penggunaan:

Sapu sehingga berbuih, biarkan seketika lalu bilas dengan sempurna. Sesuai untuk muka dan tubuh.

Bahan:

Sodium Palmate Kernelate, Propylene Glycol, Focus Vesiculosus Extract, Hedera Helix (lvy) Extract, Spiraea Ulmaria Flower Extract, Glycerin, Prunus Armeniaca, Centella Asiatica, Focus Vesiculosus, Fragrance.

ANJASSARI - SPA RADIAN SOAP

 
Sabun Anjas Spa Radiance Soap (110g)
Harga : RM22
 
Sabun Anjas Spa Radiance Soap ini memberikan kebersihan seluruh tubuh yang ketara dengan sentuhan lembut. Bahan utamanya ber asaskan herba membantu kulit anda beransur cerah secara semulajadi selain membersihkan. Sabun ini TIDAK mengandungi merkuri, hydroquinone, plumbum, dan pewarna tiruan/pengawet

Cara Penggunaan:

Disapu sehingga berbuih, biarkan seketika lalu bilas dengan sempurna. Gunakan setiap hari supaya kulit menjadi lebih cerah, bersih dan berseri. Sesuai untuk muka dan tubuh

Bahan:

Plamate Kernelate, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Prunus (peach) Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra (licorice) Root Extract, Glycerin, Centella Asiatica, Fragrance

ANJASSARI - PEGAGA SCRUB SOAP





Sabun Anjas Pegaga Scrub Soap (100g)

Harga : RM20

Sabun herba untuk kecantikan muka dan badan. Membantu kulit menjadi halus, lembut dan berseri. Rasai pengurangan bau badan dan kulit halus bertambah sekata dengan pengunaan yang kerap. Pegaga digunakan secara tradisional bagi membantu pertumbuhan sel-sel kulit baru
  • Membantu menanggalkan sel-sel kulit mati, kotoran dan debu
  • Membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru yang lebih sihat.
  • Membantu menghilangkan kesan daki yang degil serta bintik-bintik hitam pada tubuh
  • Mencegah kulit menjadi kering dan kasar.
  • Menjadikan kulit sentiasa bersih, halus, licin, cerah dan gebu

Cara Penggunaan:

Gosokkan merata keseluruh tubuh dan muka setiap kali mandi selama beberapa minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Sesuai untuk muka dan tubuh

Kandungan:

Sodium Palmate Kernelate, Oryza Sativa, Andrographis Paniculata, Oryza Glutinosa, Centella Asiatica, Usnea Barbata, Glycerin, Santalum Album

SABUN SCRUB ANJAS


Sabun Anjas All Natural Scrub Soap (100g)
Harga : RM16.00
Kos Pos Laju Semenanjung - RM7
Sabah/Sarawak - RM10


Sabun Anjas yang pertama ini dirumus khas dari hasil herba semulajadi (beras, temulawak, kunyit, kayu manis, akar kayu wangi, gliserin) tanpa pewarna tiruan, bahan kimia atau sumber dari haiwan. Membantu membersihkan badan, menghilangkan gatal-gatal/ruam kulit, menghilangkan bau badan, menyingkirkan sel kulit mati, dan seterusnya menghaluskan kulit. Parut dan tompokan juga boleh beransur hilang.

Cara guna:

Gunakan setiap hari. Sesuai untuk muka dan tubuh.

Kandungan:

Sodium Palmate, Sodium Palm Kernelate, Aqua, Oryza Sativa (Rice) Powder, Oryza Sativa (Rice) Starch, Curcuma Xanthorrhiza, Cinnamomum Zeylanicum, Vetiver Zizaniodes, Glycerin, Fragrance, BHT, BHA

Saturday, 7 April 2012

TEPUNG GORENG SERBAGUNA ANJASSARI

TEPUNG GORENG SERBAGUNA ANJASSARI
HARGA : RM9.50
Tepung ini amat sedap digunakan utk menggoreng :
- ayam
- cendawan
- sotong
- udang
- puyuh
- kentang
- dan lain-lain


Bahan- bahan :

Tepung gandum, Tepung jagung, Tepung beras, Rempah-ratus dan Ramuan yang dibenarkan.

Cara Guna:

1. Bancuh sedikit Tepung Goreng Serbaguna Anjassari (cair) dan perapkan ketulan ayam selama 10 minit.
2. Gaulkan semula ketulan ayam dengan Tepung Goreng Serbaguna Anjassari (kering) hingga rata.
3. Goreng dengan minyak yang banyak dan panas (10-15minit)

Harga:

Runcit : RM9.50
Berat : 200g

Wednesday, 18 January 2012

ANJASSARI - COLLAGEN PLUS


AnjaSSari Collagen Plus (20 sachet x10g)
Harga : RM175.00


HYDROLYZED MARINE COLLAGEN DRINK WITH
PUERARIA LOBATA, PREBIOTICS, HYALURONIC ACID
AND L-GLUTATHIONE, SOY PROTEIN

Anjassari Collagen Plus membantu anda jadi lebih menawan bukan hanya dengan mencantikkan kulit, tetapi juga dengan membantu anda lebih sihat melalui penambah-baikan pelbagai sistem yang berkaitan dalaman sel tubuh anda yang berkait-rapat dengan bagaimana anda akan jadi lebih cantik berseri.

Faedah Kesihatan:

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kualiti dan tekstur kulit sihat bergantung kepada jumlah kehadiran kolagen. Peratus kolagen dalam kulit akan berkurangan secara semulajadi apabila seseorang makin berusia. Ini akan menyebabkan garisan, kedutan, dan pengeleberan pada kulit khususnya pada muka, tangan dan lengan. Kunci untuk meningkatkan regenerasi kolagen dalam kulit adalah dengan menambahkan pembentukan matriks kolagen di bawah kulit anda.

Kolagen Marin adalah satu sumber yang kaya dengan protin kolagen dan terkandung dalamnya juga adalah sifat anti-oksida Vitamin C.

Anjassari Collagen Plus menggunakan Type 1 Marine Collagen yang telah di ‘hydrolyzed’ untuk memutuskan ikatan dalam setiap rantaian molekul protin kolagen. Ini akan menghasilkan kolagen dalam bentuk peptide sehingga 150 kali lebih kecil supaya mudah diserap tubuh.

Zat-zat tersebut bergabung dan bertindak untuk menyokong regenerasi kolagen dan jika diminum berterusan, boleh memperlahankan ataupun terus menghalang kemerosotan kulit anda.

HA or Hyaluronic Acid

Anjassari Collagen Plus juga mengandungi HA.

•HA adalah salah satu komponen paling utama dalam matriks ekstraselular (digelar ECM – matriks penyokong struktur tisu tubuh) di mana ia memberi isyarat tertentu yang mengatur tindakbalas sel seperti memulakan proses pemyembuhan luka.

•Juga komponen utama kepada cecair synovial (pelincir dalam sendi)

•Berperanan dalam perkembangan otak.

•Fungsi HA adalah penyembuhan/pembaikan sel dan tisu tubuh, mengurangkan parut.

•Dalam kecantikan, HA akan menjaga kelembapan kulit, membantu mengurangkan parut, kedutan, garisan, lekuk jerawat, supaya kulit nampak lebih berseri dan lebih halus.

•Membolehkan tisu ekstraselular berupaya menahan mampatan.

•Sepertiga HA dalam badan (~5g) akan mereput dan perlu disintesis oleh tubuh setiap hari. Paras optimum perlu untuk menjamin kesihatan sendi dan kartilaj.

•HA adalah salah satu bahan yang akan bergabung dengan kolagen untuk membentuk kartilaj.

•Ha juga berperanan menyelenggara dan mengatur kelembapan tisu tubuh sambil membolehkan penghantaran zat-zat ke sel yang tidak ada bekalan darah dan pembuangan sisa/toksin dari sel-sel tersebut.

•Paling banyak dalam matriks ekstraselular dan dalam cecair synovial.

L-Gluthathione (Liposomal Gluthathione)

•Anti penuaan, anti-oksida – menghalang kerosakan pada komponen selular yang penting akibat spesis oksigen yang reaktif (seperti radikal bebas, peroksida)

•Hanya Liposomal Gluthathione mampu melepasi sistem penghadaman kita (kadar sukses 90%) yang bermanfaat ke atas tubuh kita.

•Digunakan untuk mencerahkan kulit.


Glutathione ada pelbagai fungsi:

•Ia bahan anti-oksida utama yang dikeluarkan oleh sel, bertindak terus meneutralkan radikal bebas dan sebatian oksigen reaktif lain, disamping memelihara anti-oksida lain seperti vitamin C dan E.

•Mengawal kitaran nitrik oksida iaitu bahan kritikal untuk kita hidup tapi perlu dikawal.

•Ia digunakan dalam tindakbalas metabolic dan bio-kimia tubuh seperti sintesis dan pemulihan DNA, sintesis protin, sintesis prostaglandin, pemindahan asid amino, pengaktifan enzim. Oleh itu, setiap sistem tubuh boleh dipengaruhi oleh keadaan sistem glutathione, terutamanya sistem imun, sistem saraf, sistem gastrointestinal dan juga paru-paru.

•Glutathione digunakan sebagai penghalang melanin dalam industri kosmetik – bahan pencerah kulit (Jepun dan Filipina memulakannya).

•Secara asas, glutathione dianggap sebagai bahan anti-oksida paling utama dalam tubuh kita, kita tidak boleh hidup tanpanya kerana ia menangkap pelbagai bahan kimia toksin dalam hati dan menyediakan toksin tersebut untuk dinyah dari tubuh.

•Terdapat bukti kukuh menunjukkan paras gluthathione rendah pada orang yang sakit.

•Terdapat bukti penyelidikan bahawa paras gluthathione yang rendah juga boleh mencepatkan proses penuaan. Paras yang mencukupi boleh mengundurkan proses penuaan (kembali muda).

•Yang penting ia membantu memastikan proses penuaan kita berlaku pada kadar normal. Jangan jadi tua sebelum usia.


Pre-biotik

Pre-biotik adalah enzim-enzim bakteria ‘baik’ yang diperlukan dalam tubuh bagi membantu anda menjadi lebih sihat, lebih berseri dan menawan melalui penambah-baikan sistem tubuh seperti berikut:

•Menambah-baik sistem penghadaman – penyerapan zat-zat yang lebih efisien

•Menambah-baik sistem imun – ketahanan dan kesihatan badan dari jangkitan

•Menambah-baik sistem kolon dan pH nya – pembuangan toksin dan sisa yang membawa kerosakan tubuh.


Lobata Pueraria Mirifica

Pueraria Mirifica atau Lobata adalah sejenis ubi yang berasal dari Thailand. Ia mengandungi bahan progesterone dan phyto-estrogen semulajadi termasuk isoflavones, estriol, estrone dan estradiol, yang mempengaruhi karakteristik pembentukan tubuh wanita.

Phyto-estrogen semulajadi bermaksud semulajadi kepada tubuh wanita dari segi struktur kimia dan dari segi peratusan. Ia serupa secara biologi dan tubuh wanita sedia menyerapnya tanpa halangan.

Setiap komponen phyto-estrogen dirembes oleh tubuh wanita muda pada kadar tertentu, namun semakin berkurangan sambil wanita meningkat usia. Apabila tubuh kian memperlahankan rembesan hormon ini, ia perlu diganti secara berterusan untuk wanita menikmati hidup yang sempurna.

Pengambilan bahan ini akan membantu mengatasi masalah-masalah akibat penuaan dan kekurangan hormon-hormon semulajadi dalam tubuh (payudara lembik, kulit berkedut, kehilangan sel tulang, beruban, kemurungan dan lain-lain).

•Bermunafaat kepada wanita untuk mengawal simtom akibat putus haid.

•Memberi kesan yang kuat terhadap pengembalian kewanitaan kepada tubuh wanita. Antara yang paling ketara adalah penambahan saiz dan kekenyalan payudara dan kulit lebih halus dan lebih kelihatan lebih muda.


Silk Peptide

Diekstrak dari teras sutera (fibroin dan sericin). Mempunyai banyak munafaat yang sudah diketahui sejak 1000 tahun yang lampau. Sangat larut dalam air. Fibroin yang sudah menjalani proses hidrolisasi (dihydrolyzed) sangat mudah diserap tubuh atau kulit.

•Mengandungi 18 asid amino. Antara 4 asid amino yang mempunyai kuantiti tinggi adalah:

GLYSINE – membantu mencetus pelepas oksigen untuk proses penghasilan sel, mengawal kolesterol dalam darah, membantu fungsi hati.

SERINE – satu sumber simpanan glokos dalam hati dan otot. Membantu menguatkan sistem imun.

ALANINE – satu sumber penting untuk tenaga bagi tisu otot, otak, sistem saraf tunjang. Membantu metabolism gula dan asid organik.

ASID ASPARTIC – membantu dalam pembuangan ammonia berbahaya (toksin) dari tubuh. Dipercayai mengurangkan keletihan dan meningkatkan daya-tahan (endurance).

•Mengandungi juga asid amino berikut dalam kuantiti sederhana:

TYROSINE – memancarkan denyutan saraf ke otak, mengatasi kemurungan, meningkatkan daya ingat, meningkatkan penumpuan mental.

THREONINE – satu bahagian penting kolagen. Juga membantu mengelakkan pemgumpulan lemak dalam hati.

•Lain-lain asid amino adalah LYSINE, HISTIDINE, ISOLEUCINE, LEUCINE, METHIONINE, PHENYLALANINE, TRYTHOPAN, ANALINE, T Ess Am A, PROLINE, ASID GLUTAMIC, CYSTINE, ARGININE.

•Kebaikan Khas:

◦Mengurang kekeringan sel

◦Mengimbang kelembapan sel

◦Menggalakkan elastisiti (keregangan) kulit dan rambut

◦Menyinarkan kulit dan rambut

◦Sangat mudah diserap kulit dan rambut

◦Menghaluskan kulit bak sutera

◦Memperkayakan sebarang formulasi dengan protin penting

ANJASSARI - BODY CONTOUR CREAM



Body Contour (70ml)
Luxury Herbal Cream
Harga : RM30

Krim Herba ini sesuai digunakan bagi membantu menyelesaikan masalah-masalah :

- senggugut

- kulit menggeleber

- rekahan pada kulit

- masalah perut buncit

- perut kembung

- selulit

- gemuk


Cara Guna:

Disapu di bahagian-bahagian anggota tubuh bada yang bermasalah.