Wednesday, 18 January 2012

ANJASSARI - COLLAGEN PLUS


AnjaSSari Collagen Plus (20 sachet x10g)
Harga : RM175.00


HYDROLYZED MARINE COLLAGEN DRINK WITH
PUERARIA LOBATA, PREBIOTICS, HYALURONIC ACID
AND L-GLUTATHIONE, SOY PROTEIN

Anjassari Collagen Plus membantu anda jadi lebih menawan bukan hanya dengan mencantikkan kulit, tetapi juga dengan membantu anda lebih sihat melalui penambah-baikan pelbagai sistem yang berkaitan dalaman sel tubuh anda yang berkait-rapat dengan bagaimana anda akan jadi lebih cantik berseri.

Faedah Kesihatan:

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kualiti dan tekstur kulit sihat bergantung kepada jumlah kehadiran kolagen. Peratus kolagen dalam kulit akan berkurangan secara semulajadi apabila seseorang makin berusia. Ini akan menyebabkan garisan, kedutan, dan pengeleberan pada kulit khususnya pada muka, tangan dan lengan. Kunci untuk meningkatkan regenerasi kolagen dalam kulit adalah dengan menambahkan pembentukan matriks kolagen di bawah kulit anda.

Kolagen Marin adalah satu sumber yang kaya dengan protin kolagen dan terkandung dalamnya juga adalah sifat anti-oksida Vitamin C.

Anjassari Collagen Plus menggunakan Type 1 Marine Collagen yang telah di ‘hydrolyzed’ untuk memutuskan ikatan dalam setiap rantaian molekul protin kolagen. Ini akan menghasilkan kolagen dalam bentuk peptide sehingga 150 kali lebih kecil supaya mudah diserap tubuh.

Zat-zat tersebut bergabung dan bertindak untuk menyokong regenerasi kolagen dan jika diminum berterusan, boleh memperlahankan ataupun terus menghalang kemerosotan kulit anda.

HA or Hyaluronic Acid

Anjassari Collagen Plus juga mengandungi HA.

•HA adalah salah satu komponen paling utama dalam matriks ekstraselular (digelar ECM – matriks penyokong struktur tisu tubuh) di mana ia memberi isyarat tertentu yang mengatur tindakbalas sel seperti memulakan proses pemyembuhan luka.

•Juga komponen utama kepada cecair synovial (pelincir dalam sendi)

•Berperanan dalam perkembangan otak.

•Fungsi HA adalah penyembuhan/pembaikan sel dan tisu tubuh, mengurangkan parut.

•Dalam kecantikan, HA akan menjaga kelembapan kulit, membantu mengurangkan parut, kedutan, garisan, lekuk jerawat, supaya kulit nampak lebih berseri dan lebih halus.

•Membolehkan tisu ekstraselular berupaya menahan mampatan.

•Sepertiga HA dalam badan (~5g) akan mereput dan perlu disintesis oleh tubuh setiap hari. Paras optimum perlu untuk menjamin kesihatan sendi dan kartilaj.

•HA adalah salah satu bahan yang akan bergabung dengan kolagen untuk membentuk kartilaj.

•Ha juga berperanan menyelenggara dan mengatur kelembapan tisu tubuh sambil membolehkan penghantaran zat-zat ke sel yang tidak ada bekalan darah dan pembuangan sisa/toksin dari sel-sel tersebut.

•Paling banyak dalam matriks ekstraselular dan dalam cecair synovial.

L-Gluthathione (Liposomal Gluthathione)

•Anti penuaan, anti-oksida – menghalang kerosakan pada komponen selular yang penting akibat spesis oksigen yang reaktif (seperti radikal bebas, peroksida)

•Hanya Liposomal Gluthathione mampu melepasi sistem penghadaman kita (kadar sukses 90%) yang bermanfaat ke atas tubuh kita.

•Digunakan untuk mencerahkan kulit.


Glutathione ada pelbagai fungsi:

•Ia bahan anti-oksida utama yang dikeluarkan oleh sel, bertindak terus meneutralkan radikal bebas dan sebatian oksigen reaktif lain, disamping memelihara anti-oksida lain seperti vitamin C dan E.

•Mengawal kitaran nitrik oksida iaitu bahan kritikal untuk kita hidup tapi perlu dikawal.

•Ia digunakan dalam tindakbalas metabolic dan bio-kimia tubuh seperti sintesis dan pemulihan DNA, sintesis protin, sintesis prostaglandin, pemindahan asid amino, pengaktifan enzim. Oleh itu, setiap sistem tubuh boleh dipengaruhi oleh keadaan sistem glutathione, terutamanya sistem imun, sistem saraf, sistem gastrointestinal dan juga paru-paru.

•Glutathione digunakan sebagai penghalang melanin dalam industri kosmetik – bahan pencerah kulit (Jepun dan Filipina memulakannya).

•Secara asas, glutathione dianggap sebagai bahan anti-oksida paling utama dalam tubuh kita, kita tidak boleh hidup tanpanya kerana ia menangkap pelbagai bahan kimia toksin dalam hati dan menyediakan toksin tersebut untuk dinyah dari tubuh.

•Terdapat bukti kukuh menunjukkan paras gluthathione rendah pada orang yang sakit.

•Terdapat bukti penyelidikan bahawa paras gluthathione yang rendah juga boleh mencepatkan proses penuaan. Paras yang mencukupi boleh mengundurkan proses penuaan (kembali muda).

•Yang penting ia membantu memastikan proses penuaan kita berlaku pada kadar normal. Jangan jadi tua sebelum usia.


Pre-biotik

Pre-biotik adalah enzim-enzim bakteria ‘baik’ yang diperlukan dalam tubuh bagi membantu anda menjadi lebih sihat, lebih berseri dan menawan melalui penambah-baikan sistem tubuh seperti berikut:

•Menambah-baik sistem penghadaman – penyerapan zat-zat yang lebih efisien

•Menambah-baik sistem imun – ketahanan dan kesihatan badan dari jangkitan

•Menambah-baik sistem kolon dan pH nya – pembuangan toksin dan sisa yang membawa kerosakan tubuh.


Lobata Pueraria Mirifica

Pueraria Mirifica atau Lobata adalah sejenis ubi yang berasal dari Thailand. Ia mengandungi bahan progesterone dan phyto-estrogen semulajadi termasuk isoflavones, estriol, estrone dan estradiol, yang mempengaruhi karakteristik pembentukan tubuh wanita.

Phyto-estrogen semulajadi bermaksud semulajadi kepada tubuh wanita dari segi struktur kimia dan dari segi peratusan. Ia serupa secara biologi dan tubuh wanita sedia menyerapnya tanpa halangan.

Setiap komponen phyto-estrogen dirembes oleh tubuh wanita muda pada kadar tertentu, namun semakin berkurangan sambil wanita meningkat usia. Apabila tubuh kian memperlahankan rembesan hormon ini, ia perlu diganti secara berterusan untuk wanita menikmati hidup yang sempurna.

Pengambilan bahan ini akan membantu mengatasi masalah-masalah akibat penuaan dan kekurangan hormon-hormon semulajadi dalam tubuh (payudara lembik, kulit berkedut, kehilangan sel tulang, beruban, kemurungan dan lain-lain).

•Bermunafaat kepada wanita untuk mengawal simtom akibat putus haid.

•Memberi kesan yang kuat terhadap pengembalian kewanitaan kepada tubuh wanita. Antara yang paling ketara adalah penambahan saiz dan kekenyalan payudara dan kulit lebih halus dan lebih kelihatan lebih muda.


Silk Peptide

Diekstrak dari teras sutera (fibroin dan sericin). Mempunyai banyak munafaat yang sudah diketahui sejak 1000 tahun yang lampau. Sangat larut dalam air. Fibroin yang sudah menjalani proses hidrolisasi (dihydrolyzed) sangat mudah diserap tubuh atau kulit.

•Mengandungi 18 asid amino. Antara 4 asid amino yang mempunyai kuantiti tinggi adalah:

GLYSINE – membantu mencetus pelepas oksigen untuk proses penghasilan sel, mengawal kolesterol dalam darah, membantu fungsi hati.

SERINE – satu sumber simpanan glokos dalam hati dan otot. Membantu menguatkan sistem imun.

ALANINE – satu sumber penting untuk tenaga bagi tisu otot, otak, sistem saraf tunjang. Membantu metabolism gula dan asid organik.

ASID ASPARTIC – membantu dalam pembuangan ammonia berbahaya (toksin) dari tubuh. Dipercayai mengurangkan keletihan dan meningkatkan daya-tahan (endurance).

•Mengandungi juga asid amino berikut dalam kuantiti sederhana:

TYROSINE – memancarkan denyutan saraf ke otak, mengatasi kemurungan, meningkatkan daya ingat, meningkatkan penumpuan mental.

THREONINE – satu bahagian penting kolagen. Juga membantu mengelakkan pemgumpulan lemak dalam hati.

•Lain-lain asid amino adalah LYSINE, HISTIDINE, ISOLEUCINE, LEUCINE, METHIONINE, PHENYLALANINE, TRYTHOPAN, ANALINE, T Ess Am A, PROLINE, ASID GLUTAMIC, CYSTINE, ARGININE.

•Kebaikan Khas:

◦Mengurang kekeringan sel

◦Mengimbang kelembapan sel

◦Menggalakkan elastisiti (keregangan) kulit dan rambut

◦Menyinarkan kulit dan rambut

◦Sangat mudah diserap kulit dan rambut

◦Menghaluskan kulit bak sutera

◦Memperkayakan sebarang formulasi dengan protin penting

No comments:

Post a Comment