Friday 20 April 2012

ANJASSARI - INTIMATE FEMININE WASH (EKSTRAK SIREH + LEMON GRASS)

Anjas Intimate Feminine Wash (Ekstrak Sireh + Lemongrass) 100ml  

Harga : RM20

Pembersih wanita alamiah yang mengandungi ekstrak sireh dengan dua pilihan ekstrak tambahan - serai wangi atau limau purut, mengharumkan serta memberi  kesegaran sepanjang hari. Rumusan yang disesuaikan khas untuk bahagian intim anda. Membantu mengatasi ketidakselesaan dan bau  tidak disenangi secara lembut tanpa mengeringkan. Sesuai digunakan pada bila – bila masa, terutama selepas haid. Pembersih wanita membersih, merawat, memelihara dan menyegarkan bahagian sulit wanita, menstabilkan pH kawasan sulit dan menyerlahkan kesegaran diri bagi menjanjikan kebahagiaan rumahtangga.

Ekstrak Sireh :   

Komponen aktif utama adalah sejenis minyak sireh. Ia mengandungi  betel-phenol (chavibetol) dan hydroxyl-chavicol Melegakan rasa gatal, antiseptik perangsang, menegangkan kulit, mengelakkan kedutan kulit dan membantu melancarkan peredaran darah & memperlahan proses penuaan dan sangat sesuai sebagai bahan losyen awet muda. Bersifat Astrigen (membantu mengecutkan dan memulihkan tisu - tisu organik badan. Mengandungi bahan anti-oksida.

Ekstrak Serai: 

Mengandungi pelbagai jenis minyak yang penting -   citral, limonene, methyl heptonencampuran,  cymbopogonol dan cymbopogon. Khasiat serai wangi tidak terkira. Ia mampu melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai antiseptik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun. Minyak serai wangi juga digunakan dalam rawatan aromaterapi yang didapati berkesan menaikkan semangat dan mengembalikan kesegaran minda. Sering digunakan oleh bidan untuk menghilangkan bau hanyir bau badan serta meningkatkan kesegaran badan.

No comments:

Post a Comment